BONUS: SYUKURLAH, TAPI BAGAIMANA NAJIB BOLEH BERI LEBIH TINGGI?

BEBERAPA tahun lamanya Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan bantuan khas hari raya untuk kakitangan awam diseluruh negara, ada yang naik muak dan merungut kenapa asyik RM 500, kenapa tidak lebih – macam kakitangan awam di Selangor contohnya, sebulan, 2 bulan dan terakhir 3 bulan gaji?

“Asyik RM 500 saja”, kata mereka.

Hari ini ambik, RM 400 dan bukan semua dapat pulak tu, Gred 41 ke bawah saja. Kakitangan awam Selangor? Tak dengar lagi riuh rendahnya sampai sekarang, tapi besar kemungkinan sebab pusat dan negeri dah sama-sama Pakatan, sama jugaklah kot – RM 400.

Dah ada yang menanyakan, mungkinkah yang dulu bagi beberapa bulan itu hanya wayang konon mereka akan bagi lebih baik kalau jadi kerajaan persekutuan? Entahlah, penulis pun takde jawapan walaupun dalam hati mengangguk tak henti-henti.

Bagaimanapun, persoalan yang lebih besar penulis lihat di media sosial ialah, sudah ramai yang mempertikaikan kenapa pentadbiran dulu boleh beri lebih tinggi? Nak bayar hutang ke? Pentadbiran dulu bayar hutang juga, malah tidak buang kakitangan awam dalam skala besar atau batal projek infrastruktur tapi bagaimana masih boleh beri lebih tinggi kepada rakyat?

Malah, dengan begitu banyak projek infrastruktur rakyat berskala tinggi yang dibatalkan sekarang, patut ada banyaklah jugak lebihan yang boleh dipulangkan kepada penjawat awam. Logik dialah macam itu.

Tapi dalam masa yang sama boleh pulak belanja berpuluh juta untuk beli hak siaran Piala Dunia? Rakyat majoritinya perlukan itu ke sekarang ni (siaran langsung Piala Dunia? Lagipun bukankah janji masa kempen dulu untuk beri siaran EPL, Piala Dunia apa pulak?

Adakah ini isu tak pandai mengurus? Nak sangat nampak berbeza dengan dulu? Tanyalah ni, takkan tanya pun tak boleh?

Mykmu.Net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.