Marko Arnautovic dalam radar Man United

MARKO Arnautovic bakal menjadi sasaran perpindahan mengejut untuk Manchester United selepas Jose Mourinho melihat bintang skuad Austria itu berhadapan dengan Rusia pada Rabu malam.

Difahamkan Mourinho mahukan lebih banyak tenaga dan ketinggian dalam serangan untuk sebagai persediaan untuk menggantikan Romelu Lukaku.

Manchester United hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir mereka pada musim ini selepas Lukaku mengalami kecederaan di buku lali.

Nilai Arnautovic, 29, dianggarkan kira-kira £40 juta (RM212 juta) selepas berada dalam musim yang baik di West Ham, meskipun kelabnya memberitahu dia bukan untuk dijual dan tiada pertanyaan yang dibuat.

Mourinho menyaksikan Austria mengalahkan tuan rumah Piala Dunia Rusia dengan 1-0. – Mail Online UK

MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.