Disebalik Peningkatan Penduduk Bumi

Terkedu seketika penulis tatkala membaca berita dunia yg disiarkan oleh Berita Harian mengenai anggaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion menjelang akhir abad ini.

Penulis terkedu & terkejut bukanlah kerana angka 15 bilion tersebut namun agak terkejut dgn respon masyarakat dunia terutama sekali PBB dan lain-lain pertubuhan Barat yg begitu bimbang dengan populasi manusia yg kian meningkat saban hari.

Barangkali kebimbangan mereka dengan peningkatan besar penghuni bumi ni kelak ada asasnya kalau dikira dari segi bekalan & sumber makanan yg makin melonjak harganya, tempat tinggal yg mendadak naik selain kehijauan hutan yg makin lama makin botak sana sini.

Pun begitu persoalan yangg lebih mengasak minda penulis yang igin dikongsi bersama rakan taulan generasi muda sekalian ialah adakah disebabkan kebimbangan melampau terhadap peningkatan populasi penduduk bumi ini merupakan salah satu faktor kenapa kerapnya berlaku peperangan yang di taja dan di jaja atas nama kebebasan oleh kuasa-kuasa besar?

Berdasarkan rekod tahun 2009 yg dikeluarkan oleh Pew Forum on Religion & Public Life seperti yg disiarkan oleh satu artikel CNN World menyebut, terdapat sejumlah 1.57 bilion penghuni dunia adalah beragama Islam yang kebanyakannya adalah di Asia dan Afrika Shara.

Ini bermakna daripada sejumlah hampir 7 bilion penduduk dunia, 21% atau hampir suku daripadanya adalah beragama Islam.

Manakala rekod peperangan dan kekacauan seluruh dunia sejak awal 1980 hingga sekarang, kebanyakannya berlaku di negara-negara Islam ataupun melibatkan orang Islam.

Misalnya, pencerobohan Afghanistan oleh Russia di pertengahan tahun 1980-an, peperangan Iraq-Iran dari awal 1980 hingga 1988, Perang Teluk 1 1991, Perang Teluk ke-2 tahun 2003, perang balkan antara Serbia-Croatia-Bosnia pada pertengahan 1990-an, perang Chechya pada awal 2000, pencerobohan Amerika di Afghanistan tahun 2003, kekacauan di Somalia sejak bertahun-tahun hingga kini, kekacauan & rusuhan agama di Indonesia selepas gelombang reformasi pada pertengahan tahun 1990-an dan terbaru ialah kejatuhan Muammar gadafi di Libya seminggu lalu.

Mungkinkah hampir kesemua peperangan dan kekacauan ini yg mana menyaksikan ramai penduduk dunia beragama Islam menjadi mangsa korban merupakan salah satu cara bagi pihak tertentu mengawal peningkatan populasi penduduk kalaupun tidak utk mengawal jumlah penghuni bumi beragama Islam?

Sukar utk kita muktamadkan jawapannya, namun sekilas pandang ada logiknya walaupun belum ada bukti berbentuk akademik & tidak bias.

Apa yang pasti, dengan usia bumi yang kian hari kian tua adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha menjadikannya lebih aman dan tenteram untuk semua tanpa mengira kaum bangsa mahupun agama.

Dijadikan planet bumi ini oleh Allah s.w.t tentulah dengan kemampuannya untuk menampung segala isi kehidupan walau sebesar mana jumlah penghuninya.

Tinggal lagi urusan ditangan kita adalah bagaimana menjadikan bumi ini terus selamat didiami dan tiada lagi nyawa menjadi korban nafsu serakah akibat perebutan harta & kuasa yang membawa kepada ketidaktenteraman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.