Majikan Suspek Bunuh Pengasas AmBank Dipercayai di China

KUALA LUMPUR  – Ahli perniagaan iaitu  majikan kepada suspek utama  yang menembak  mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab  Malaysian (AmBank) Hussain  Ahmad Najadi, 75,  pada penghujung Julai lalu kini dipercayai berada di   China.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar  berkata, pihaknya masih memburu  suspek melalui  kerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol)  untuk mengesan  dan menangkap suspek.

“Kita mendapat maklumat terbaharu yang suspek  kini melarikan diri ke negara  itu dan usaha  menangkap dan membawa pulang lelaki itu ke  negara ini untuk  dihadapkan ke mahkamah sedang  dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar  selepas melawat seorang anggota  Polis  Sukarelawan Simpanan (PVR) di Wad Separa  Kritikal, Hospital Kuala Lumpur  hari ini yang patah  bahu dan tulang rusuk selepas motosikalnya  ditendang  penjenayah di Ayer Panas, Setapak  dekat sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.