Nahas Lion Air: Keluarga juruterbang harap keajaiban berlaku

NEW DELHI: Kematian Bhavye Suneja, juruterbang pesawat Lion Air JT610 memberi tamparan hebat kepada keluarganya yang menetap di Mayur Vihar, timur Delhi.

Suneja membesar di Mayur Vihar dan bersekolah di Sekolah Awam Ahlcon di daerah yang sama.

Dia tinggal bersama isterinya di Jakarta, Indonesia manakala ibu bapanya di Delhi.

“Saya harap ada orang membawa khabar gembira bahawa dia masih hidup,” kata ibu saudara Suneja.

Ibu bapa Suneja berlepas ke Jakarta pada petang Isnin manakala beberapa saudara maranya yang lain menunggu di kediaman mereka.

 

Suneja bersama isterinya.

Bapa saudaranya memberitahu IANS bahawa keluarga Suneja menunggu kepulangannya sempena sambutan Deepavali, sama seperti setiap tahun.

“Dia membesar di rumah ini… Dia pulang untuk Diwali dan keluarganya amat teruja… Ia waktu yang sukar untuk kami dan keluarganya,” katanya.

Jiran Suneja, S. Sen berkata keluarga juruterbang berusia 31 tahun itu amat teruja menanti kepulangannya.

“Keluarganya amat peramah… tetapi ia waktu yang sukar untuk mereka. Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Pesawat Lion Air JT610 yang diterbangkan Suneja terhempas ke perairan Karawang, Jawa Barat kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin. – www.ndtv.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.