Rai gol depan Mourinho, FA denda pembantu Sarri

Lanni meraikan gol penyamaan Chelsea.

MARCO Lanni, pembantu kepada Pengurus Chelsea Maurizio Sarri didenda 6,000 pound sterling oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana meraikan gol di hadapan Jose Mourinho ketika terikat seri 2-2 dengan Manchester United, awal bulan ini.

Susulan gol penyamaan Ross Barkley pada minit kecederaan di Stamford Bridge, tindakan Lanni ternyata membuatkan Mourinho panas hati.

Mourinho berang terhadap Lanni sehingga terpaksa ditenangkan kakitangan kejurulatihan dan pegawai bertugas dekat terowong stadium.

Lanni mengakui kesilapannya dan telah didenda atas tindakannya yang dianggap keterlaluan itu.

Mourinho berang terhadap Lanni sehingga terpaksa ditenangkan pegawai bertugas.

“Pembantu Pengurus Chelsea, Marco Lanni didenda 6,000 pound sterling selepas dia mengakui melakukan kesalahan itu.

“Tindakan itu dilakukan pada minit ke-96 perlawanan ketika aksi menentang Manchester United pada 20 Oktober lalu,” katanya.

Semasa pertengkaran kecil di tepi padang, Lanni memohon maaf kepada Mourinho di atas tindakannya itu.

“Saya terus-terang berkata jika anda benar-benar merasakan begitu dan anda mahu minta maaf, sudah tentu saya akan memaafkan anda dan melupakan insiden itu kerana saya juga melakukan banyak kesilapan dalam karier saya.

“Jadi saya tidak akan membunuh anda kerana satu (kesilapan),” kata Mourinho. – Metro.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.