Suasana pilu berterusan di Stadium King Power

Isteri mendiang, Aimon (kiri) bersama anak lelakinya Aiyawatt. Foto: Reuters

ANAK mendiang Vichai Srivaddhanaprabha mengetuai barisan memberi penghormatan kepada pemilik Leicester City di Stadium King Power.

Semua kakitangan stadium termasuk ‘kit man’, pencuci, penjaga stadium, pemain, pegawai serta pihak pengurusan berkumpul di stadium sebagai tanpa penghormatan kepada Srivaddhanaprabha.

 

Srivaddhanaprabha antara lima mangsa yang terkorban dalam insiden helikopter terhempas di luar stadium Sabtu lalu.

Anak lelaki mendiang, Aiyawatt dan ibunya Aimon serta Presiden Bola Sepak Thailand Somyot Poompanmoung bersama isterinya Potjaman turut hadir dalam acara tertutup itu.

 

Pemain-pemain hadir memberi penghormatan kepada bos mereka.

Suasana pilu menyelubungi stadium apabila pemain dan pegawai pasukan membuat bulatan separuh bulat di tengah padang diketuai Aiyawatt.-DailyMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.